Epistemologi Ismail dan Ishaq


Al Quran tidak mencatat nabi Ibrahim mempunyai dua org anak serta dua org isteri atau lebih. Al Kitab yg bertanggungjawab memberitakan keluarga nabi Ibrahim berkeadaan sedemikian, iaitu Ismail beribukan Hagar dan Ishaq beribukan Sara. Malahan al Quran langsung tdk menyebut nama-nama isteri Nabi Ibrahim kerana semua itu bukan perkara asas yg menjadi fokus.

Apabila al Quran menukilkan kisah nabi Ibrahim secara implisit [mujmal] menyebabkan penafsir Quran [mufassir] dan org Islam amnya berada dalam keadaan tiada sumber bagi mendapatkan jalinan cerita dalam bentuk eksplisit [tafsili]. Berita mengenai nabi Ibrahim yg berbaur mitos mungkin dianggap tafsili hanya terdapat dalam Bible sahaja. Maka tiada pilihan bagi ulama Islam klasik melainkan dikutip dan diterima sebahagian kisah nabi Ibrahim menurut versi Bible [lihat qisosul anbia oleh ibn kathir]. Akhirnya terbina pegangan org Islam berkaitan kisah nabi Ibrahim sama seperti penganut Yahudi/Kristian tiada apa perbezaan. Sekadar berlaku perselisihan mengenai anak nabi Ibrahim manakah terlibat dgn peristiwa korban.

Kelonggaran mengutip berita dari Bible [al kitab] mungkin berdasarkan sabda nabi Muhammad saw, rujuk hadis; 

Janganlah kamu benarkan ahli kitab dan janganlah pula kamu dustakan mereka dan katakanlah , kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami . [Riwayat Bukhari]

Baginda Muhammad lebih menitikberatkan kaji selidik setiap berita yg diterima daripada ahli kitab. Jangan percaya sepenuhnya berita yg disampaikan oleh mereka dan sebaliknya jangan pula sampai menolak sehingga bagaikan tiada kebenaran langsung.  Sebab kitab-kitab yg diturunkan kpd nabi terdahulu juga merupakan wahyu Allah sebagaimana wahyu al Quran.

Menurut laporan Bible anak nabi Ibrahim adalah tunggal, malangnya penganut Yahudi/Kristian merombak kalimat ‘tunggal’ tersebut dgn kemunculan nama Ismail di samping Ishaq, lihat Bible;

Ismail ialah anak Abraham dan Hagar, perempuan Mesir, hamba kepada Sara. [Taurat, Kejadian 25:12]

Tiada sentuhan al Quran mengenai  detik awal kelahiran Ismail. Apabila susur galur Ismail wujud dan menapak kukuh dalam dunia Islam maka bermula kerancuannya. Di pihak Islam berteguh mendakwa Ismail yg dikorban sementara pihak Kristian pula bermati-matian pertahan yg dikorban oleh nabi Ibrahim adalah Ishaq. Lihat laporan Bible;

Tuhan berfirman, “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishaq, anakmu yang tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Kutunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hatiKu. [Taurat, Kejadian 22:2]

Kerana beriman Abraham mempersembahkan anaknya Ishaq sebagai korban ketika Tuhan menguji Abraham. Tuhan memberikan janjiNya kepada Abraham, namun Abraham bersedia mempersembahkan anaknya yang tunggal sebagai korban. [Injil, Surat Ibrani 11:17]

Mengapakah Tuhan berkenan kepada nenek moyang kita Abraham? Tuhan berkenan kepada Abraham kerana perbuatan Abraham iaitu mempersembahkan Ishaq anaknya di atas mazbah sebagai persembahan kepada Tuhan. [Injil, Surat Yakobus 2:21]

Al Quran tdk menyebut nama anak nabi Ibrahim ketika memberitakan peristiwa sembelihan, rujuk Q:

Maka ketika anak itu sampai sanggup berusaha bersamanya, [Ibrahim] berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Lalu anak itu menjawab, “Wahai bapaku! Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar”. Q 37:102

Pendekatan Al Quran tidak menyebut nama anak nabi Ibrahim secara jelas/putus [ sarih/qat’ie ] ketika pemberitaan sembelihan menunjukkan anak nabi Ibrahim adalah tunggal. Jika anak nabi Ibrahim bukan tunggal maka al Quran pasti menyebut nama anak yg dikorban itu utk memisahkan dgn nama anak-anak lain. Nama anak tunggal itu telah pun diperjelaskan oleh Al Quran melalui Q 37:112 [ Dan Kami beri khabar gembira dengan Ishaq sebagai nabi yang soleh ]. Bahkan Quran mengulangi pemberitaan detik awal kelahiran Ishaq di banyak bahagian surah lain iaitu kedatangan tetamu menyampaikan berita gembira, rujuk Q 11:71, Q 15:53 dan Q 51:28. Detik awal kelahiran Ismail tiada. Namun nama Ismail tetap menjadi sebutan dalam kitab-kitab anbia selepas nabi Ibrahim sehingga al Quran juga turut menyebut. Tanpa disedari al Quran telah membongkar misteri siapakah Ismail yg telah kabur dimamah usia pemberitaan beribu tahun. Di sini didapati bahawa al Quran membenarkan kitab-kitab yg diturunkan sebelumnya iaitu kebenaran laporan al Kitab sekadar bahawa anak nabi Ibrahim berkeadaan tunggal, rujuk Q:

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan [kitab-kitab] yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman, Q 12:111  

Kesilapan berlaku terhadap pengkaji Al Quran yakni mengambil maksud dua peristiwa nabi Ibrahimm dgn cara berurutan [kronologi] pada surah as Saffat, iaitu bermula Q 37:100 - 111 perihal kelahiran anak nabi Ibrahim [tdk disebut nama] serta pengkisahan sembelihan sebagai peristiwa pertama. Kemudian disambung peristiwa kedua iaitu bermula Q 37:112 – 113 berita kelahiran anak Ibrahim bernama Ishaq. Keadaan ini memberi maksud Ishak lahir setelah berlaku peristiwa sembelihan [Ismail]. Mengambil pengertian begini adalah tdk benar. Kerana berlaku biasan sejak sekian lama di kalangan org Islam yg berpegang kisah nabi Ibrahim berorientasikan versi Bible iaitu nabi Ibrahim mempunyai dua anak, Ismail dan Ishaq. Lalu anak yg tidak disebut nama itu dirujuk pd Ismail. 

Ketunggalan anak nabi Ibrahim juga diimplisitkan serta diperkuatkan oleh al Quran melalui permohonan [munajat] nabi Ibrahim kpd Allah bagi mendapatkan anak yg soleh, rujuk Q:

Wahai Tuhanku, anugerahilah aku anak termasuk dari golongan yang soleh, Q 37:100

Untuk memahami pengertian nabi tidak semudah menyebut perkataan nabi. Sesiapa pun mampu menyebutnya namun sejauh manakah mereka yg menyebut nabi itu mampu menjelaskan duduk perkara  sebenar erti kenabian.  Bagaimanakah bibit permulaan kenabian seseorang bermula sehingga bergelar nabi? Bagaimanakah terjadi wahyu kemudian sampai kepada nabi? Adakah kenabian dimulai dengan tuntutan manusia atau pemberian dari Tuhan tanpa dimulai oleh manusia? Gagal menguasai semua ini bererti penjelasan Q 37:100 di atas tidak akan berjaya disingkap sepenuhnya.

Antara elemen-elemen penting perlu ada pd nabi iaitu akhlak serta sifat-sifat terpuji seperti jujur, ikhlas, amanah, adil, bertanggungjawab, sabar dan siddiq. Sifat terpuji ini sentiasa hidup dalam diri dan tidak pernah terpisah dari akal kecuali sewaktu akal tidak berfungsi. Jika terpisah dari akal bererti mereka kecundang dan gagal berada pd landasan kenabian. Jauh sekali nama akan dicatat sebagai nabi dalam mana-mana kitab [asli] yg diberikan kepada nabi kemudian.

Atas sandaran ini nabi tidak mudah meminta pd Tuhan selagi masih ada ruang pilihan biar pun ruang sebesar lubang jarum. Sikap demikian memaparkan ketinggian sifat  terpuji  hidup di sisi mereka. Keterangan Q 37:100 di atas melaporkan nabi Ibrahim bermunajat bagi mendapatkan anak. Menunjukkan waktu tersebut nabi Ibrahim berada pd garisan akhir iaitu keupayaan mengeluarkan benih tertutup rapat. Tertutup  pintu zuriat bukan disebabkan faktor kemandulan isteri atau lain perkara,  tetapi berpunca  diri nabi Ibrahim sendiri. Jika Baginda berpeluang mengahwini wanita muda lagi subur namun benih tetap tidak menjadi anak. Apatah lagi Al Quran  menjelaskan isteri dan nabi Ibrahim sendiri terlalu tua menyebabkan tiada ruang pilihan lain. Bermaksud tempoh kadar benih zuriat nabi Ibrahim sudah luput [kadaluarsa]. Setelah nabi Ibrahim berada pd zon luput benih lalu Baginda berdoa kpd Tuhan utk dapatkan anak. 

Jika nabi Ibrahim sudah mempunyai anak sebelum luput benih [contoh Ismail], tiada kewajarannya Baginda memohon lagi sebab perbuatan tersebut menyalahi sifat terpuji yg ada pada kenabian.[ Masakan sudah punyai anak masih mohon utk dapat anak lagi, itu bukan sikap terpuji...] Munajat nabi Ibrahim bagi memperolehi anak tidak bertujuan untuk mewariskan harta kekayaan. Hanya dua tujuan besar, pertama disebabkan ketiadaan anak dan kedua bagi menyambung Kalam Tauhid yg dibawa selama ini untuk generasi penerus. Sebab itu Baginda menyebut ketika dalam munajat, ‘anak dari golongan yg soleh’. Melalui kesolehan sang anak dapat menyambung Kalam Tauhid dan melalui kesolehan juga sang anak menjawab kepada bapanya,  “Wahai bapaku! Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar”.

Berada pd zon luput benih menjadi faktor penyebab berita sampai kepada Baginda serta isterinya mereka akan perolehi anak ‘alim lagi nabi. Munajat Baginda diterima Tuhan atas sebab yg cukup besar. Apabila al Quran memberitakan kedatangan ‘tetamu’ yg berupa utusan kepada nabi Ibrahim, di sini muncul berbagai persepsi di kalangan manusia [ Islam mahu pun bukan Islam] yg meneliti kisah nabi Ibrahim. Mufassir al Quran merujuk maksud ‘tetamu’ tersebut adalah malaikat. Namun tiada ditemui wacana di kalangan mereka mengapakah tetamu itu didatangkan dalam situasi zahir sebaliknya tidak dalam wahyu ghaib [bersifat samawi] seperti pernah berlaku terhadap nabi Zakaria yg mengalami situasi sama hingga akhirnya berjaya menurunkan zuriat Yahya [nabi]. Semua itu bersebab tanpa didahului sebab tiada perkara yg terjadi.  

Kedatangan tetamu merupakan mukjizat yg diperlakukan ke atas Baginda serta isteri. Benih nabi Ibrahim serta isterinya telah  dimukjizat di mana penulis sering menggunakan ungkapan ‘benih yg dititip dengan Ilmullah yg berkudrat’. Titipan ini hanya berlaku sekali sahaja, jika tiada titipan berlaku pd benih Baginda bererti nabi Ibrahim berada dalam keadaan tiada anak sampai akhir hayat. Disebabkan  berlaku titipan Ilmullah berkudrat pd benih nabi Ibrahim maka tetamu yg menyampaikan berita gembira beri jaminan kepada nabi Ibrahim bahawa anak itu soleh, ‘alim, sabar lagi nabi. Justeru, melalui jalan apakah mahu bertegas bahawa nabi Ibrahim mempunyai anak lebih dari satu? Apakah mukjizat boleh terjadi berulang kali ke atas benih nabi Ibrahim demi untuk meramaikan anaknya?  

Lalu, anak tunggal yg sifatnya terpuji seperti ‘alim, sabar dan soleh ini diperintah oleh Tuhan Allah kpd nabi Ibrahim supaya tempatkan pd satu tempat yg akan diberitahu kelak. Namun gaya pemberitaan al Quran tidak diperjelas secara langsung perintah tersebut. Sebaliknya perintah Tuhan itu terlindung pd penjelasan nabi Ibrahim kepada nabi Luth, iaitu pd kesempatan pertemuan mereka yg tidak dirincikan al Quran, di mana? pd kesempatan mana? atau berbagai pertanyaan lagi bebas diajukan. Jelasnya nabi Ibrahim menempatkan zuriatnya itu tidak dipengaruhi oleh sebab-sebab lain seperti sifat cemburu isteri atau sebagainya melainkan semata-mata atas perintah Tuhan secara mutlak, rujuk Q;

Maka Luth membenarkan [kenabian Ibrahim].  Dan dia [Ibrahim]  berkata, “Sesungguhnya aku harus berpindah ke [tempat yg diperintahkan] Tuhanku, sungguh Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana, Q 29:26

Sebab apa nabi Luth membenarkan kenabian nabi Ibrahim? Apakah sebelumnya Luth tidak memperakui kenabian Ibrahim? Puncanya isteri Baginda Ibrahim hamil pd usia  luput benih. Semua itu membuktikan kekuasaan Allah atas keluarga nabi Ibrahim. Kejadian luar biasa itu membuatkan nabi Luth membenarkannya. Setelah nabi Ibrahim menemui tempat yg diperintah Tuhan [tempoh jarak masa diambil Baginda tdk diberitahu al Quran kerana semua itu bukan perkara pokok] , lalu nabi Ibrahim mengungkap dgn kata-kata sedemikian, rujuk Q;

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan dari keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang dihormati, wahai Tuhan Kami, agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan agar mereka bersyukur, Q 14:37

Terserlah sifat terpuji seorang nabi melalui ungkapan di atas, ‘agar mereka mendirikan solat’ iaitu sifat tanggungjawab semoga zuriat yg ditempatkan itu tergolong dari orang yg senantiasa mencari kebenaran kemudian menerimanya [solat da im]. Terpancar begitu jelas tujuan nabi Ibrahim mendapatkan anak adalah bagi menyambung Kalam Tauhid.

Kecuaian berlaku lagi terhadap peneliti kisah nabi Ibrahim iaitu pd saat nabi Ibrahim menempatkan keturunannya di lembah tandus [tempat yg diperintahkan Tuhan Allah]. Seperti dijelaskan kebanyakan penganut Islam berpegang kuat versi Bible serta kerencaman pengkisahan oleh ulama klasik, bukti lihat sedutan dari Qisosul Anbia [Ibn Kathir];

Ketika Hajar melahirkan Ismail, kecemburuan Sarah mencapai kemuncaknya. Beliau menuntut Ibrahim as supaya mengasingkan Hajar agar tidak dilihatnya. Maka Ibrahim as membawa Hajar pergi bersama anaknya hingga sampai ke Mekah. Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di tempat yang asing sekali. Dikatakan bahawa ketika itu Ismail sedang menyusu.Apabila Ibrahim as hendak meninggalkan mereka dan mula beranjak pergi dari tempat itu, Hajar bangkit dari tempat duduknya lalu memegang pakaian Ibrahim. Hajar berkata: “Ibrahim kamu hendak pergi ke mana meninggalkan kami di sini, pada hal kami tidak mempunyai bekal apa-apa?” Ibrahim tidak menjawab. Ketika Hajar merungut mengenai tindakan Ibrahim yang tidak memberi jawapan itu, maka Hajar bertanya pula: “Apakah Allah yang memerintahkan ini?” Ibrahim menjawab: “ya” Lalu Hajar berkata: “Kalau begitu kami tidak akan disia-siakan”

Periwayat mendakwa Ismail sedang menyusu ketika nabi Ibrahim menempatkan mereka. Begitu jua  dialog Hajar dengan nabi Ibrahim siapakah bertanggungjawab melapornya?  Mungkin terdapat orang ketiga yg menyertai bersama Nabi Ibrahim ketika Baginda menempatkan isteri dan anaknya? Apakah terdapat ciri-ciri sifat terpuji seorang nabi melalui pengkisahan ini? Lihat pula laporan Bible [Taurat fasal Kejadian Bab 21, 9-21];


Pada suatu hari Ismael anak Abraham dan Hagar perempuan Mesir itu sedang bermain dengan Ishak anak Sara. Sara nampak hal itu lalu berkata kepada Abraham, “Usirlah hamba perempuan ini bersama anak lelakinya. Anak hamba perempuan ini tidak boleh mendapat bahagian daripada hartamu yang akan diwarisi anak lelakiku, Ishak”. Hal itu sangat menyusahkan hati Abraham kerana Ismael anaknya juga. Tetapi Tuhan berfirman kepada Abraham, “Janganlah bersusah hati kerana hambamu Hagar dan anaknya itu. Buatlah apa yang disuruh oleh Sara kepadamu  kerana melalui Ishak engkau akan mendapat keturunan yang sudah Aku janjikan itu. Aku juga akan mengurniakan banyak anak cucu kepada anak Hagar, supaya mereka menjadi suatu bangsa, kerana dia anakmu juga. Awal pagi esoknya, Abraham memberikan makanan dan satu kirbat kulit berisi air kepada Hagar. Dia meletakkan budak itu pada belakang Hagar dan menyuruhnya pergi dari situ. Lalu Hagar berangkat dan mengembara di padang gurun Bersyeba. Apabila air dalam kirbat sudah habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah belukar. Lalu pergi duduk kira-kira 100 meter dari tempat itu. Dia berkata dalam hati, “Aku tidak sanggup melihat anakku mati”, lalu dia menangis. Allah mendengar suara Ismael dan dari langit malaikat Tuhan berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan Hagar? Jangan takut Tuhan sudah mendengar tangisan anakmu”. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkan dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar”. Kemudian Tuhan membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman pada anaknya.Tuhan menyertai Ismael, anak itu bertambah besar, dia tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir. Ibunya mengahwinkan dia dengan seorang wanita Mesir.

Metode nabi Ibrahim melaksanakan perintah Tuhan supaya menempatkan zuriatnya itu dijelaskan serta dapat dikutip melalui ungkapan Baginda sendiri, rujuk Q;

رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ



Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan dari keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang dihormati, wahai Tuhan Kami, agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan agar mereka bersyukur, Q 14:37  

Kalimah ‘zurriyati’  [ ذُرِّيَّتِى ] diterjemah ke bahasa Melayu memberi maksud ‘keturunanku’ . Lazimnya maksud keturunan merujuk pd anak cucu cicit iaitu kesinambungan generasi ke generasi. Namun begitu adakalanya perkataan zuriat dirujuk dengan maksud benih baka. Jika dalam konteks kejadian manusia maksud zuriat lebih terjurus pada pengertian nutfah serta ketika dalam proses kandungan [hamil]. Sebagai panduan lihat ketika al Quran memperihalkan awal kejadian manusia di mana perkataan zuriat menjadi pilihan sebutan pd uslubnya, rujuk Q;  

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ 

Dan [ingatlah wahai Muhammad] ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam [turun-temurun] dari [tulang] belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, [sambil Dia bertanya dengan firmanNya]: Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar [Engkaulah Tuhan kami], kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai [tidak diberi peringatan] tentang ini, Q 7:172

Setelah kandungan lahir perkataan zuriat tidak digunakan, sebaliknya perkataan ‘waladun’ وَلَـدٌ ] menjadi pilihan sebutan sebagai menunjukkan anak sudah terpisah dari kandungan. Kata tunggal [  مفــرد  ]  ‘waladun’ atau ‘waladi’ [ وَلَـدٌ / وَلَـدِيْ  ] bermaksud ‘anak’ atau ‘anakku’, sementara kata jamak ‘aulaadun’ [ أَوْلَادٌ  ] bermaksud ‘anak pinak’. Lihat pendekatan al Quran ketika mengisahkan anak pinak yang telah lahir, rujuk Q;


إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَن تُغۡنِىَ عَنۡهُمۡ أَمۡوَٲلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُهُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ وَقُودُ ٱلنَّارِ 

Sebenarnya harta benda orang-orang kafir dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari [azab seksa] Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api Neraka, Q 3:10

Dengan demikian perkataan ‘zurriyati’ melalui ungkapan nabi Ibrahim Q 14:37 ‘aku telah menempatkan zuriatku’  menunjukkan Baginda bukan menempatkan isteri dan anak yg sudah lahir. Sebaliknya Baginda menempatkan isterinya yg masih hamil. Bermaksud anak nabi Ibrahim yang tunggal itu ditumpah darahkan di bumi tandus dalam ertikata memulakan kehidupan di lembah yang tidak mempunyai sebarang kehidupan [  بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ  ].

Episod Ibrahim, isteri serta anak tunggal [Ishaq] mereka sebenarnya sedang dalam tugas, melaksanakan perintah Tuhan yg mana setiap peristiwa kejadian diperlakukan atas mereka mengandungi mesej simbolik menceritakan semula detik awal bagaimanakah manusia bermula dan berada di dunia. Begitu jua setiap lingkungan peristiwa yg terjadi sebagai menandakan bibit permulaan amalan syari’at akan zahir. Contoh, peristiwa sembelihan anak tunggalnya terdapat kaitan dengan pengertian ghaib dan zahir yg kemudiannya dijadikan amalan syari’at oleh keturunannya [amalan kurban disyari’atkan oleh Muhammad]. Seterusnya pembinaan tugu iaitu Ka’bah semua ini mengandungi isyarat-isyarat tertentu untuk manusia yg mempunyai ketinggian akal iaitu orang yg senantiasa mencari kebenaran kemudian menerima kebenaran yg ditemui [solat da im]. Justeru, semua peristiwa ini dirumuskan sebagai ‘suhuf’ yg diberikan kepada nabi Ibrahim, rujuk Q;

إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ

Sesungguhnya [keterangan-keterangan yg dinyatakan] ini ada [disebut] di dalam kitab-kitab terdahulu, Q 87:18

صُحُفِ إِبۡرَٲهِيمَ وَمُوسَىٰ

Iaitu kitab nabi Ibrahim dan nabi Musa, Q 87:19

Hakikat yg tidak dapat dinafikan zaman kehidupan nabi Ibrahim manusia buta tentang tulisan dan erti kenabian. Sedang kenabian itu berkait rapat dengan ghaib iaitu suatu di luar jangkauan inderia manusia. Menyebabkan kenabian Baginda Ibrahim tidak tersebar dengan meluas di tengah masyarakat.  Nabi Ibrahim menjadi gah dan masyhur setelah kemunculan nabi-nabi kemudian yg mengkisahkan semula mengenai Baginda melalui jalan wahyu. Sebaliknya bukan atas dasar fakta sejarah yg mana sejarah tidak berkeupayaan menyingkap hal-hal berkaitan dalaman diri seseorang nabi secara tuntas. Begitu jua sejarah tidak mampu merakam setiap detik pergerakan manusia bergelar nabi yg terpisah dengan jarak waktu ribuan tahun.Bilamana wahyu memberitakan semula detik peristiwa nabi terdahulu kepada nabi yg datang kemudian maka berlaku  penambahan oleh pengikut terhadap berita yg didengari. Akhirnya kisah-kisah nabi terdahulu yg sampai melalui jalan wahyu menjadi samar serta hilang tujuan asalnya iaitu sebagai pengajaran buat generasi kemudian.

Menurut pendekatan wahyu al Quran nama Ismail muncul bersama nabi Ibrahim sewaktu pembinaan Ka’bah, rujuk Q;

Dan [ingatlah], Kami menjadikan rumah [ka’bah] tempat berkumpul dan tempat yg aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, “bersihkanlah rumahku untuk orang-orang yg tawaf, orang yg iktikaf, orang yg ruku’ dan orang yg sujud”, Q2:125

Dan [ingatlah], ketika Ibrahim meninggikan asas Baitullah bersama Ismail, lalu berdoa, “wahai Tuhan kami terimalah amalan kami, sungguh Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Q 2:127

Didapati kemunculan nama Ismail oleh al Quran iaitu pd situasi menunjukkan Ismail berada peringkat matang sebaliknya nama Ismail tidak pernah dimunculkan oleh al Quran pd peringkat pramatang. Lihat gaya penyampaian al Quran berkaitan Ismail, rujuk Q;

Dan ceritakanlah [wahai Muhammad] kisah Ismail di dalam Kitab [al Quran]. Dia benar-benar seorang yang benar janjinya, seorang rasul dan nabi, Q 19:54

Dan dia menyuruh keluarganya untuk [melaksanakan] solat dan [menunaikan] zakat, dan dia seorang yang diredai di sisi Tuhannya, Q 19:55  


Justeru, nama Ismail tidak seperti nama Ishaq di mana Ishaq diberitakan pd awal kelahiran sahaja. Keadaan ini menunjukkan anak tunggal nabi Ibrahim itu menanggung dua nama iaitu ISHAQ alias ISMAIL. Setelah anak tunggal nabi Ibrahim iaitu Ishaq mencapai usia dewasa terutama pd waktu anak tunggal ini terlibat dengan urusan-urusan besar seperti pembinaan Ka’bah baginda tidak lagi dikenali dengan nama Ishaq, sebaliknya baginda dikenali dengan nama Ismail. Masyarakat yg terbentuk oleh suku Jurhum di lembah tandus [Bakkah/Lembah Paran] lebih mengenali anak tunggal itu dengan panggilan Ismail pd saat beliau meningkat matang. Fakta sejarah tidak dapat dibuktikan lagi mengenai perkara ini melainkan kesimpulannya diambil melalui pendekatan wahyu al Quran. Sebab itu didapati sewaktu anak tunggal nabi Ibrahim masih bernama Ishaq baginda tidak banyak terlibat dengan urusan besar sebagaimana sewaktu anak tunggal ini bernama Ismail. Bahkan al Quran langsung tidak memberitakan kelibat Ishaq selepas kelahiran terutama sewaktu Ishaq mencapai usia dewasa.